Interview Art and Design UiTM




Assalammualaikum, Eh kejap. Sekarang dah 2014 kan? haaaa agak bertahun jugak lah Wak dah tak update blog ni sejak berkurun. Baru sekarang bukak dah berhabuk pun. Nasib Pakcik Cleaner semalam simpan bulu ayam dia dalam laci Wak. (Fuhhhhh fuhhh) tiup2 sikit bagi bersih kembali.

Bismillah , korang mesti tanya apa ke de hell dok Wak Wak dari tadi. Bukan apa, tu nama panggilan sepanjang belajar di Universiti ni. Wak Dukun diorang panggil , tapi nama Wak yang sebenarnya Fakry Shah. Korang boleh panggil Putera atau Kanda. Mana datang pulak PUTERA? Putera tu nama saja Wak tambahkan aja. Kalau lecturer panggil Wak ni Abang Manis. ehemmm.

Haaaaa , korang yang datang singgah ni mesti nak dapatkan tips2 yang berguna bagi korang tapi tak berguna bagi Wak kan? Hahaha , Ok tujuan Wak buka entry ni ialah bagi korang adik2 dan mungkin bakal Junior (Amboih junior kauuuu) Wak ni yang nak mohon masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Faculty Art & Design (AD) mengikut course pilihan masing.

Ok , sebelum tu jangan tutup atau baca blog lain sebab apa yang Wak nak tulis ni mungkin berguna untuk korang sebab Wak nak terangkan secara detail apa yang korang perlu buat dan akan hadapi.

Tahniah , anda berjaya menempuhi fasa pertama keinginan untuk berdikari sebagai bakal Mahasiswa dari entry merapu Wak ni. Sebelum tu , Wak akan beri antara list courses yang ditawarkan dibawah Faculty of Art and Design dan ingat BUAT KEPUTUSAN YANG BETUL.

1. Graphic Design ( Course yang mendominasi segala course dibawah , lebih kepada poster design , advertising , logo design , animation etc. ) MOSTLY GUNA COMPUTER , MAC PRO. Campus yang disediakan ( Kedah , Terengganu , Melaka , Sarawak , Perak )
2. Industrial Design ( Car design , mobile and all of that ) BANYAK KERJA BENGKEL , POTONG MEMOTONG. (Kedah)
3. Photography ( Do I have to explain this one? ) AMBIL GAMBAR , STUDIO etc. (Perak , Melaka kot)
4. Fashion Design ( Fashion ) DESIGN BAJU FASHION TERKINI.
5. Ceramic ( More to ring design , necklace etc )
6. Textile ( Texture design ) CORAK PADA BAJU etc. FRESH DESIGN
7. Fine Art  ( More to drawing , painting , abstract . You might get 1Million for one of your painting but sorry , Malaysian's people doesn't appreciate a piece of art ) MENDALAM , KELUAR JADI CIKGU SENI . ( FULL OF RESPECT )
8. SCREEN ( Printing apa kejadah aku tak ingat )
9 . Wak Lupa maklum dah tua tapi lebih kepada Simen kot :/

Yes , I'm a graphic design student , from Faculty of Art and Design UiTM Merbok , Kedah :) . Wak nak bagitahu kelebihan course Graphic Design ni semua benda korang belajar sedikit demi sedikit Fine Art , Architecture , Photgraphy dan sebagainya.

Ok yang atas tu semua bunga aje. HAHAHAHA, sedikit pengenalan dah dapat. Ok Bring It On.

Ok , firstly apa yang korang akan dapat ialah Surat Tawaran (berbentuk digital , Mail) dari Website UPU/UiTM. Wak tahu korang kalau dapat ni mesti terjerit sakan seronok but seriously don't get to excited because the true fear is your interview with UiTM's lecturers (PANEL). HAHAHAHA. Time ni korang akan mula rasa lain macam , gelabah gabra sentiasa bermain didalam fikiran (APA AKU NAK KENA BUAT?).
Tenang dan Relax ( mana satu ni? LOL ) kerana anda bakal didedahkan oleh tips2 APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN.

Most important is your IMPORTANT DOCUMENTS , FILES , ARTWORK , etc. Such as Photostat IC , yours , your mom and your papa , SPM slip , A3 DRAWING PAPER , PENCIL etc ( You've been told to do so , please check and read carefully your email ). Once all of these are done then korang akan hadapi beberapa peringkat ujian.

1 : Drawing
2 : Creative Drawing
3 : Color blind interview
4: Interview with Panels ( Actually they're lecturers that will teach you guys later so please respect them and kalau boleh , buat diorang ingat korang *Tak perlu risau part ni* )

PHASE 01/DRAWING : Korang akan diletakkan didalam sebuah bilik yang dipenuhi seramai 20-30 orang yang sama akan buat drawing test macam korang. Tapi sebelum korang masuk korang akan dibahagikan kepada beberapa group ( tengok masa korang diberi ceramah ketika baru masuk faculty , depan ada diletakkan jadual so please check ). Apa yang korang akan kena lukis is simple , depan korang akan diletakkan sebuah Cone , Kain yang berjela , Tong sampah , 3D Shapes ( mostly semua campus sama ). Ok just like I told you before , it is not as hard as you guys think bila nak lukis. Apa yang korang perlu focuskan ialah dari segi TONE (CERAH GELAP) SHADING , QUALITY OF LINES ( TEBAL APA SEMUA) itu je sebenarnya. Lukis tak cantik pun takpa janji Quality dan apa yang dia nak ada. Simple kan? trust me aku tak pandai melukis tapi dapat 42/50. Jadi la. HAHA.

PHASE 02/CREATIVE DRAWING: Ok time ni aku fail sikit sebab tak banyak idea yang aku dapat. Apa yang korang kena buat ialah korang akan dapat piece of paper yang ada gambar Bulat , muncung dan sebagainya. Dari gambar bulat apa semua tu korang perlu buat garisan atau lukis agar shapes atau lines tadi menjadi sesuatu object. Tak kisah object apa sebab diorang nak test korang punya tahap creativity.

PHASE 03/COLOR BLIND: Yang ni tak perlu terang kot. Simple je.

PHASE 04/INTERVIEW: Dup dup , dup dup !!! (Heartbeat) HAHAHHA, haaa time ni paling orang nervous. Sebab aku ada baca entry sebelum2 ni dimana ada diantara mereka yang kena interview ni kena tanya soalan pelik2 such as " Siapa Menteri ke-4 Malaysia " , itu pun tergagap2. Habislah kena bahan, HAHA. Sebenarnya diorang ni saja nak kacau engkauorang saja. Jangan takut. Nasib time Wak dulu diorang nak cepatkan masa so takdanya soalan pelik2 and Jangan risau. Lecturers dekat UiTM Merbok ni semua baik2 and cool. So soalan apa yang diorang akan tanya?

"OK , Introduce your self" , "Perkenalkan diri kamu"

"Apa yang kamu tahu tentang (Bidang yang kamu pilih) contoh *Graphic Design" So korang terangkanlah serba sedikit apa yang korang tahu.

"Family background" terangkan sedikit tentang keluarga.

And lastly "Ada bawa Artwork?" Ok time ni lah baru korang bagi segala artwork korang yang awesome awesome tuh untuk dipertonton. Seriuos , ARTWORK ADALAH PENTING JIKA KORANG NAK TERPILIH DIDALAM COURSE YANG KORANG NAK. Sebab panel yang interview korang dia akan umpan korang masuk dalam course yang dia ajar bagi sesetengah. Contoh korang nak Graphic , tapi dia kata korang takda bakat dan lebih elok masuk Industrial etc (IKUT CAMPUS dan PANEL yang korang kena interview). Kalau diorang kata apa2 korang just diamkan aja :) .

Dah penat meleter panjang , so semoga korang pilih course yang menjadi idaman korang dan bagi yang mana takda artwork tu dah boleh la start buat artwork masing2. Bagi yang tak faham sebab panjang lebar dgn bahasa Wak ni boleh la korang Follow dan tweet tanya Wak dekat twitter @fakryshah , sebab setengah payah nak faham dengan penulisan creative Wak ni. Selalu sangat "berpuisi". Atau wechat Putera_Fakry. Sampai sini saja , ada masa Wak update kot ada mana2 part yang tertinggal dan Wak harapkan korang dapat apa yang korang impikan selama ni. Sebab nak masuk UiTM sekarang ni susah dah sekarang dengar kata , banyak sangat persaingan. Salam dari Wak :)

New Additions.

Assalamualaikum,hari aku nak cerita pasal binatang baru yang aku tambah sebagai koleksi haiwan peliharaan aku sendiri.




 This is Pterinochilus Murinus/Orange Baboon Tarantula/Orange Bitey Thing (OBT),one of the most aggressive Tarantulas..Venom Potency : Strong


And this is Heteremetrus Spinifer/Asian Forest Scorpion.
Semua binatang ni baru beli dalam minggu lepas..Kalau yang Tarantula warna oren tu memang aku tak berani pegang,hehehhe..kalau yang scorpion ni aku berani la tapi tu pon terketor2 dan sejuk tangan masa nak pegang..biasa la tgh takut,takut2 kena dia punya sengat..hehe,InsyaAllah aku akan tambah lagi koleksi2 macam gini..minat punya pasal katakan..hehe,adiosss :D

Tarantula yang ditunggu.

Salam,entri kali ni aku nak bercerita pulak Ts aku yang baru sampai ni petang tadi..biasa la aku mmg minat haiwan reptilia ni,walaupun mereka ni adalah binatang yang merbahaya dan mempunyai bisa tetapi bila kita cuba berkawan dengan haiwan sebegini,mereka menjadi jinak dan boleh dibuat binatang peliharaan..antara morph yang aku beli ni adalah Grammostola pulchripes atau lebih lagi dikenali sebagai Chaco Golden Knee..dan tarantula ini adalah tarantula yg besar didalam kelompok T,midly venomous dan jinak..walaupun binatang ni jarang menggigit,tetapi sekali digigit..memang sakitnya lebih sakit dari disengat seekor lebah..hehe,ni antara beberapa gambar...sekarang sizenya baru dalam 1cm - 2cm..aku tak sabar nak tunggu bila dia dah Besor nanti..kehkeh








 ini gambar bila dia dah besar nanti - sumber gambar dari google


Muahahhahahaaa...comelkan?
slings ni aku beli dari rakan kenalan FB..maklumat lanjut boleh pergi tgk website dia Geckology.
sekian..

Sudah 1 Tahun berkecimpung didalam bidang Photography.

Pada hari ahad yang lepas 19 February 2012 adalah genap 1 Tahun saya berkecimpung didalam dunia Photography.Sebenarnya memang dari kecil lagi saya sudah jatuh hati terhadap dunia seni buktinya saya dahulu gemar melukis.Camera yang saya gunakan ialah hanya sebuah DSLR Canon EOS 1000D bersama kit lens 18-55mm..pada minggu lepas saya baru saja membeli lens baru iaitu 50mm f1.8..Saya mula lebih menjinakkan diri selepas saya menyertai Kelas Asas Fotografi anjuran Penang Flickr,dari situ saya belajar setiap asas2 yang patut kita tahu apabila menggunakan camera serta teknik2 ingin merakamkan gambar..Jadi harini saya ingin berkongsi antara hasil2 gambar kegemaran yang saya sendiri rakam sepanjang 1 tahun didalam bidang ini.Mungkin ianya bukanlah gambar yang baik dan masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki.


2011

2011

2011

2011

2011

2012

2012

2012

2012

2012

2011

2011


2011

Ini adalah antara hasil2 saya,sebenarnya banyak lagi..tetapi cukuplah yang ini saja..hehhehe,melihat pada gambar2 ini memang banyak lagi kelemahan yang saya perlu baiki..tetapi pada tahun ini saya tidak mahu focuskan sangat pada bidang ini,kerana saya ada satu exam yang paling penting dalam hidup saya iaitu saya bakal menduduki Exam SPM..Jadi sampai sini saja entry saya..Salam :)

Movement Photograph.

Sejak2 aku tgk gambar Dave Hill 3D motion dan gmbr Still Photo dgn ad objek yang bergerak terus aku jadi minat dengan Movement Photographs ni..hehe
Movement Photographs ni adalah sesuatu gambar bergerak dimana kesemua gambar berada didalam keadaan kaku (tidak bergerak) dan hanya ada beberapa objek (yang ingin ditonjolkan) sahaja yang bergerak (itu yang aku faham..kalau korang ntah ler...hehe)
Software yang aku gunakan ialah Adobe Photoshop CS5 100%.
apa yang lebih aku minat ialah aku boleh edit macam mana aku suka..letak tone apa smua.
Mungkin lepas ni aku akan try pulak buat versi Manipulation..experiment lagi..hehe
untuk hari ini aku upload baru punya yg aku baru buat tadi.


Ucapan Hari Raya ~

Assalamualaikum .
Dah 27 Hari kita berpuasa.
Lusa dah nak raya.
Sudah menjadi kebiasaan kalau dekat2 raya ni mesti sibuk.
Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir & Batin buat semua rakan2 facebook juga rakan2 kenalan "nyata".
Saya ingin memohon maaf andainya ada terkasar bahasa ataupun perkara2 yang menimbulkan rasa tidak puas hati.
Berhati2 semasa balik kampung..biar lambat asal selamat..ekekke
pada yang nk datang beraya tu datanglah..jgn malu2 jgn segan2.
Jadi . . salam lebaran buat semua.
yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.

Pages

Followers

Blogroll

Powered by Blogger.

Blogger templates