Interview Art and Design UiTM




Assalammualaikum, Eh kejap. Sekarang dah 2014 kan? haaaa agak bertahun jugak lah Wak dah tak update blog ni sejak berkurun. Baru sekarang bukak dah berhabuk pun. Nasib Pakcik Cleaner semalam simpan bulu ayam dia dalam laci Wak. (Fuhhhhh fuhhh) tiup2 sikit bagi bersih kembali.

Bismillah , korang mesti tanya apa ke de hell dok Wak Wak dari tadi. Bukan apa, tu nama panggilan sepanjang belajar di Universiti ni. Wak Dukun diorang panggil , tapi nama Wak yang sebenarnya Fakry Shah. Korang boleh panggil Putera atau Kanda. Mana datang pulak PUTERA? Putera tu nama saja Wak tambahkan aja. Kalau lecturer panggil Wak ni Abang Manis. ehemmm.

Haaaaa , korang yang datang singgah ni mesti nak dapatkan tips2 yang berguna bagi korang tapi tak berguna bagi Wak kan? Hahaha , Ok tujuan Wak buka entry ni ialah bagi korang adik2 dan mungkin bakal Junior (Amboih junior kauuuu) Wak ni yang nak mohon masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Faculty Art & Design (AD) mengikut course pilihan masing.

Ok , sebelum tu jangan tutup atau baca blog lain sebab apa yang Wak nak tulis ni mungkin berguna untuk korang sebab Wak nak terangkan secara detail apa yang korang perlu buat dan akan hadapi.

Tahniah , anda berjaya menempuhi fasa pertama keinginan untuk berdikari sebagai bakal Mahasiswa dari entry merapu Wak ni. Sebelum tu , Wak akan beri antara list courses yang ditawarkan dibawah Faculty of Art and Design dan ingat BUAT KEPUTUSAN YANG BETUL.

1. Graphic Design ( Course yang mendominasi segala course dibawah , lebih kepada poster design , advertising , logo design , animation etc. ) MOSTLY GUNA COMPUTER , MAC PRO. Campus yang disediakan ( Kedah , Terengganu , Melaka , Sarawak , Perak )
2. Industrial Design ( Car design , mobile and all of that ) BANYAK KERJA BENGKEL , POTONG MEMOTONG. (Kedah)
3. Photography ( Do I have to explain this one? ) AMBIL GAMBAR , STUDIO etc. (Perak , Melaka kot)
4. Fashion Design ( Fashion ) DESIGN BAJU FASHION TERKINI.
5. Ceramic ( More to ring design , necklace etc )
6. Textile ( Texture design ) CORAK PADA BAJU etc. FRESH DESIGN
7. Fine Art  ( More to drawing , painting , abstract . You might get 1Million for one of your painting but sorry , Malaysian's people doesn't appreciate a piece of art ) MENDALAM , KELUAR JADI CIKGU SENI . ( FULL OF RESPECT )
8. SCREEN ( Printing apa kejadah aku tak ingat )
9 . Wak Lupa maklum dah tua tapi lebih kepada Simen kot :/

Yes , I'm a graphic design student , from Faculty of Art and Design UiTM Merbok , Kedah :) . Wak nak bagitahu kelebihan course Graphic Design ni semua benda korang belajar sedikit demi sedikit Fine Art , Architecture , Photgraphy dan sebagainya.

Ok yang atas tu semua bunga aje. HAHAHAHA, sedikit pengenalan dah dapat. Ok Bring It On.

Ok , firstly apa yang korang akan dapat ialah Surat Tawaran (berbentuk digital , Mail) dari Website UPU/UiTM. Wak tahu korang kalau dapat ni mesti terjerit sakan seronok but seriously don't get to excited because the true fear is your interview with UiTM's lecturers (PANEL). HAHAHAHA. Time ni korang akan mula rasa lain macam , gelabah gabra sentiasa bermain didalam fikiran (APA AKU NAK KENA BUAT?).
Tenang dan Relax ( mana satu ni? LOL ) kerana anda bakal didedahkan oleh tips2 APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN.

Most important is your IMPORTANT DOCUMENTS , FILES , ARTWORK , etc. Such as Photostat IC , yours , your mom and your papa , SPM slip , A3 DRAWING PAPER , PENCIL etc ( You've been told to do so , please check and read carefully your email ). Once all of these are done then korang akan hadapi beberapa peringkat ujian.

1 : Drawing
2 : Creative Drawing
3 : Color blind interview
4: Interview with Panels ( Actually they're lecturers that will teach you guys later so please respect them and kalau boleh , buat diorang ingat korang *Tak perlu risau part ni* )

PHASE 01/DRAWING : Korang akan diletakkan didalam sebuah bilik yang dipenuhi seramai 20-30 orang yang sama akan buat drawing test macam korang. Tapi sebelum korang masuk korang akan dibahagikan kepada beberapa group ( tengok masa korang diberi ceramah ketika baru masuk faculty , depan ada diletakkan jadual so please check ). Apa yang korang akan kena lukis is simple , depan korang akan diletakkan sebuah Cone , Kain yang berjela , Tong sampah , 3D Shapes ( mostly semua campus sama ). Ok just like I told you before , it is not as hard as you guys think bila nak lukis. Apa yang korang perlu focuskan ialah dari segi TONE (CERAH GELAP) SHADING , QUALITY OF LINES ( TEBAL APA SEMUA) itu je sebenarnya. Lukis tak cantik pun takpa janji Quality dan apa yang dia nak ada. Simple kan? trust me aku tak pandai melukis tapi dapat 42/50. Jadi la. HAHA.

PHASE 02/CREATIVE DRAWING: Ok time ni aku fail sikit sebab tak banyak idea yang aku dapat. Apa yang korang kena buat ialah korang akan dapat piece of paper yang ada gambar Bulat , muncung dan sebagainya. Dari gambar bulat apa semua tu korang perlu buat garisan atau lukis agar shapes atau lines tadi menjadi sesuatu object. Tak kisah object apa sebab diorang nak test korang punya tahap creativity.

PHASE 03/COLOR BLIND: Yang ni tak perlu terang kot. Simple je.

PHASE 04/INTERVIEW: Dup dup , dup dup !!! (Heartbeat) HAHAHHA, haaa time ni paling orang nervous. Sebab aku ada baca entry sebelum2 ni dimana ada diantara mereka yang kena interview ni kena tanya soalan pelik2 such as " Siapa Menteri ke-4 Malaysia " , itu pun tergagap2. Habislah kena bahan, HAHA. Sebenarnya diorang ni saja nak kacau engkauorang saja. Jangan takut. Nasib time Wak dulu diorang nak cepatkan masa so takdanya soalan pelik2 and Jangan risau. Lecturers dekat UiTM Merbok ni semua baik2 and cool. So soalan apa yang diorang akan tanya?

"OK , Introduce your self" , "Perkenalkan diri kamu"

"Apa yang kamu tahu tentang (Bidang yang kamu pilih) contoh *Graphic Design" So korang terangkanlah serba sedikit apa yang korang tahu.

"Family background" terangkan sedikit tentang keluarga.

And lastly "Ada bawa Artwork?" Ok time ni lah baru korang bagi segala artwork korang yang awesome awesome tuh untuk dipertonton. Seriuos , ARTWORK ADALAH PENTING JIKA KORANG NAK TERPILIH DIDALAM COURSE YANG KORANG NAK. Sebab panel yang interview korang dia akan umpan korang masuk dalam course yang dia ajar bagi sesetengah. Contoh korang nak Graphic , tapi dia kata korang takda bakat dan lebih elok masuk Industrial etc (IKUT CAMPUS dan PANEL yang korang kena interview). Kalau diorang kata apa2 korang just diamkan aja :) .

Dah penat meleter panjang , so semoga korang pilih course yang menjadi idaman korang dan bagi yang mana takda artwork tu dah boleh la start buat artwork masing2. Bagi yang tak faham sebab panjang lebar dgn bahasa Wak ni boleh la korang Follow dan tweet tanya Wak dekat twitter @fakryshah , sebab setengah payah nak faham dengan penulisan creative Wak ni. Selalu sangat "berpuisi". Atau wechat Putera_Fakry. Sampai sini saja , ada masa Wak update kot ada mana2 part yang tertinggal dan Wak harapkan korang dapat apa yang korang impikan selama ni. Sebab nak masuk UiTM sekarang ni susah dah sekarang dengar kata , banyak sangat persaingan. Salam dari Wak :)

Pages

Followers

Blogroll

Powered by Blogger.

Blogger templates